berita

Rayuan Ditolak, Farid Kamil Kena Penjara 9 Bulan Kes Dadah

November 27th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Kalau sebelum ini, pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil pernah menjalani hukuman penjara selama 35 hari pada 15 Mei lalu. Namun dia dibebaskan dengan jaminan RM10,000 beserta passport miliknya diserahkan kepada pihak mahkamah.

Walau bagaimanapun, hari ini Mahkamah Tinggi menolak rayuan pelakon Lagenda Budak Setan untuk dikenakan hukuman 9 bulan penjara.

Terpaksa meringkuk dalam penjara

Farid Kamil yang merupakan suami kepada pelakon, Diana Danielle telah dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan selepas disabitkan dengan kesalahan dadah.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Nazneen Zulkifli, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ab Karim Ab Rahman, pihaknya mengekalkan keputusan dibuat Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Mei lalu dan menolak rayuan tertuduh.

Farid kelihatan tenang

Farid Kamil kelihatan tenang hadir bersendirian tanpa ditemani ahli keluarga dengan menunggang motosikal ketika prosiding rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam itu berlangsung. Pada Mei lalu, pelakon itu dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan selepas disabitkan dengan kesalahan mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC).

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Nor Ariffin Hisham selepas Farid Kamil, memilih untuk berdiam diri selepas diperintahkan membela diri. Bagaimanapun, selepas 35 hari menjalani hukuman di Penjara Kajang, Ab Karim membenarkan penangguhan hukuman terbabit selepas permohonan rayuan difailkan pelakon berkenaan.

Permudahkan keluarga Farid

 

Sumber : Berita Harian

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×