berita

Reaksi Comel Izara Aishah Apabila Dapat Hadiah Kereta Rolls Royce, Bertuah Badan!

November 16th, 2017 | by Arini Saleh
Kini Trending

Setelah sekian lama bercinta, pada Julai lalu pelakon jelita Izara Aishah akhirnya telah mengikat tali pertunangan dengan kekasih hati, Adib Khalid. Khabarnya mereka memilih untuk disatukan dalam masa yang terdekat. Tak sabar nak tengok pasangan dua sejoli ini naik pelamin kan? Pasti gempak habis.

Di facebook, viral sebuah video Izara dan Adib mendapat kereta mewah sebagai hadiah kahwin. Untung betul jadi Izara!

Abang ipar hadiahkan Rolls Royce

Bertuah betul Izara Aishah ini kan? Bukan je berbakat dan cantik, dia juga disayangi oleh keluarga bakal mertuanya. Menjelang perkahwinan yang bakal tiba, abang kepada tunang telah menghadiahkan sebuah kereta Rolls Royce!

Fuhh untung betul. Jika tengok pada reaksi Izara, jelas dia sangat gembira dan terkejut. Mungkin Izara sendiri tak sangka dihadiahkan kereta mewah.

Komen netizen

Bertuahnya badan, tahniah Izara!

Ramai yang tumpang gembira dengan Izara Aishah, diharapkan majlis berjalan dengan lancar. Tak sabar nak tengok!

sumber : Kaki Share

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×