Rasa-rasanya bukan peminat bola sepak tempatan saja, malah satu Malaysia tau yang tau pasal kes Nazmi Faiz meludah ni kan? Haihh ini lah jadi nya kalau tak dapat kawal emosi tu.
Semalam AFC sebulat suara mengambil keputusan untuk menghantar pemain kebangsaan itu pulang dari Sukan SEA Singapura dan Nazmi Faiz digantung sebanyak 6 perlawanan. Adoii.. nak buat macam mana, bakat dah ada tapi attitude pula kantoi..
“I won’t give up pal!!”
Nazmi memuat naik gambar di akaun Instagram sebagai respon pada netizen yang kritik dengan tindakan tak bermoral tu.
Relax bro.. Kami kat belakang support sama lu!
Walaupun ramai yang tak berpuas hati dengan kes ludah tu, ramai juga pihak masih berfikiran optimis dan menganggap ia nya hanya lah insiden kecil dalam bola sepak dan rakyat Malaysia harus support Nazmi walau dalam apa jua keadaan.
Hmm, takpe lah Nazmi jadikan benda tu sebagai pengajaran ye? Masyarakat kritik kerana diorang sayang dengan pemain-pemain yang menyarung jersi Malaysia. Ye tak?