berita

Rebut 500 Unit Album Sheila On 7, ‘Berlayar’

December 26th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Pada 31 Disember ini bakal berlangsungnya konsert ‘BlackBerry Music Mania’ bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam.

Konsert yang penuh gemilang ini bakal menampilkan persembahan daripada penyanyi terkenal seperti Amir Jahari, Kumpulan Hujan, GoGerila, 6ixth Sense, Sofazr, Meet Uncle Hussain, Oh! Chentaku, Kyoto Protocol, Altimate serta Band dari Indonesia, Sheila On 7.

Menerusi konsert ambang tahun baru 2013, 500 penonton terawal yang hadir ke konsert tersebut akan menerima album Sheila On 7 berjudul ‘Berlayar’ secara percuma.

Secara umumnya, album ‘Berlayar’ ini memuatkan sembilan buah lagu baru seperti Hari Bersamanya, Pasti Ku Bisa, Hujan Turun, Berlayar Denganku, Kamus Hidupku, Bait Pertama, Have Fun, On The Phone serta Perfect Time.

Bagi mengubat kerinduan peminat Sheila On 7, jom layan lagu ‘Bait Pertama’ selepas ini.

SKIP THIS AD ×