Pantas betul masa berlalu kan? Sekejap je dah nak Ramadhan rupanya. Jika tahun 2020 kita tak ada Bazar Ramadhan, alhamdulillah tahun ini Bazar Ramadhan dibenarkan beroperasi akan tetapi kena beratur panjang nak masuk Bazar Ramadhan. Itula yang lecehnya.
Tambahan pula, kita masih lagi berperang menentang pandemik Covid-19. Jadi, lebih baik kalau kita kita duduk rumah je. Nanti dah bercampur-campur dengan orang orang, takut lain pulak jadinya.
Hasilkan juadah berbuka sehebat Bazar Ramadhan, sekelip mata!
Ha! Bagi korang yang teringin nak makan juadah berbuka yang ada di Bazar Ramadhan, why not korang masak je sendiri juadah tu. Daripada kena beratur panjang dan patuhi SOP semasa berada diluar, baik korang masak je sendiri.
Lagipun, siapa kata nak hasilkan juadah berbuka itu susah? Sebenarnya tak. Kini dengan adanya Kicap Manis ABC, korang hasilkan pelbagai menu yang ada dekat Bazar Ramadhan!
Berikut adalah antara resepi makanan Bazar Ramdhan yang boleh korang hasilkan dengan Kicap Manis ABC.
1. Ayam Masak Hitam [5 orang makan]
Bahan-Bahan:
- Setengah ekor ayam di potong 6 (basuh bersih)
- Serbuk kunyit (1 sudu makan)
- Garam
- Cili Padi 5 batang
- Daun kari
- Bawang holand sebiji (potong bulat)
- Kicap Manis ABC ( 7 sudu makan)
- 50ml air putih
Bahan tumis (tumbuk)
- 3 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- Halia (3-5 inci)
Cara penyediaan:
Gaul ayam dengan kunyit dan sedikit garam. Goreng ayam sehingga separuh masak dan toskan minyak. Guna kuali yang sama dan tumiskan kesemua bahan tumis sehingga naik bau. Tumis guna minyak goreng ayam tadi.
Kemudian masukkan kicap dan air. Kacau lagi sehingga likat dan tambahkan cili dan ayam goreng. Kacau lagi. Akhir sekali, tambah hirisan bawang Holland dan daun kari. Kacau dan siap! Sedia untuk dimakan. Mudah kan?
2. Kambing Bakar [5 orang makan]
Bahan-Bahan:
- Potongan bahagian bahu kambing 500 gram (basuh bersih)
- Black pepper (1 1/2 sudu makan)
- Sos Tiram ( 1 sudu makan)
- Brown sos (3 sudu makan)
- Kicap Manis ABC (6 Sudu Makan)
- Rosemary (kering) secukup rasa.
Bahan Kisar:
- Bawang putih 6 ulas
- Halia (3 inci)
Cara penyediaan:
Gaul je kesemua bahan ni sekali dan perap sekurang-kurangnya 20 minit dalam peti. Bila nak makan korang tinggal bakar je. simple! Grill dalam non-stick pan pun boleh. Dijamin sedap!
3. Kuetiau goreng [3 orang makan]
Bahan-bahan:
- Sebungkus kuetiau
- 3 sudu besar cili kisar
- Garam
- Sos seafood (2 sudu makan)
- Kicap Manis ABC (10 sudu makan)
- 10-15 ekor udang
- 100 gram daging dihiris nipis
- Segenggam kucai (potong panjang-panjangan dalam 3 inci)
Bahan kisar:
- 6 ulas bawang putih
- 4 biji bawang merah
Cara penyediaan:
tumis bahan kisar sehingga naik bau, masukkan sili kisar, sos seafood dan biarkan sehingga pecah minyak. Tambahkan kicap dan daging. Setelah daging masak, masukkan udang dan kuetiau. kemudian gaul sehingga sebati dan tambah kucai dan tauge. Tambah sedikit garam, kacau rata dan Siap!
4. Telur masak kicap (4 orang makan)
- 4 biji telur
- Kicap Manis ABC (8 sudu)
- Cili padi 5 Biji
- Bawang Holland hiris halus
- Air putih 150 ml
- Garam
Cara penyediaan:
Goreng telur menjadi telur mata dan ketepikan. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Masukkan hirisan bawang Holland, kicap manis ABC dan air. Tunggu mendidih. Lepas tu, boleh masukkan cili dan telur. Biarkan sekejap, masukkan garam, lepastu dah boleh angkat dan siap untuk dihidang.
5. Daging Goreng Black pepper
- 500 gram daging batang pinang
- Kicap Manis ABC (8 sudu makan)
- Black pepper (1 sudu makan)
- Lada benggala (1 kuning, 1 hijau)
- Garam
Bahan kisar:
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
Cara penyediaan:
Hiris daging batang pinang nipis-nipis, panaskan kuali dan masukkan daging. Tunggu air daging kering kemudian ketepikan. Masukkan minyak dan bahan kisar tumis sehingga naik bau, dan masukkan daging. Tambah kicap manis ABC dalam kuali dan kacau rata. Jangan lupa masukkan black pepper potongan lada benggala dan bawang Holland.
Bila lada benggala dah agak layu, korang angkat dan Daging Black Pepper siap untuk dinikmati seisi keluarga.
Nikmati juadah enak sepanjang Ramadhan dengan Kicap Manis ABC!
Menarik dan simple je semua resepi yang telah dikongsikan tadi kan? Yang penting ada Kicap Manis ABC. Semua jadi! Semuanya sedap, menjilat jari!
Dihasilkan dengan menggunakan perahan kacang soya terpilih yang berkualiti tinggi, masakan apa pun yang korang hasilkan dengan Kicap Manis memang naik aroma dan enak rasanya. Inilah masanya korang nak nikmati rasa unik kicap manis ABC.
Jadi, jom pakat-pakat stock up Kicap Manis ABC bagi memastikan bila nak masak juadah bersahur mahupun berbuka nanti mudah sebab Kicap Manis ABC ada disisi.
Klik SINI untuk buat pembelian!
Instagram- https://www.instagram.com/
abc.malaysia.official/ Facebook – https://www.facebook.com/
HeinzABCMalaysia