Pelakon, Redza Rozli mendedahkan tidak pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Bella Hanna sebelum mereka masing-masing membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Redza Rosli Menangis Mohon Restu Ibu Sebelum Majlis Akad Nikah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Redza Rosli Kini Milik Pelakon Baharu, Bella Hanna
Detik melamar Bella Hanna
Ketika ditemui OhBulan! di majlis pernikahannya bersama Bella di Forest Valley, Cheras, Selangor pada Jumaat, Redza atau nama lengkapnya Ahmad Redza Rosli, 32, berkata, dia telah melamar Bella untuk menjadi isterinya ketika mereka keluar makan bulan lalu.
Kami dah lama kenal, tiada tunang terus nikah. Kami pun tak pernah isytihar kami bercinta. Satu hari saya ajak dia pergi makan tapi waktu itu niat saya sudah lain.
Saya terus ajak dia pergi beli cincin dan pada waktu itulah kami meluahkan perasaan di antara satu sama lain.
Berkongsi perasaannya, Redza yakin dan percaya bahawa Bella adalah wanita dan isteri terbaik yang dikurniakan Allah SWT kepadanya.
Insya-Allah saya yakin Farhana Nabila (Bella) terbaik untuk saya.
Dalam pada itu, pelakon drama Luruhnya Bunga Cinta itu akui tidak gemar keluar berdua-duaan dengan Bella. Namun akan melaporkan kepada ibu bapa Bella sekiranya mereka keluar.
Saya tidak suka temu janji berdua-duaan, selalunya saya terus ke rumah mak ayah dia minta izin.
Walaupun ajak pergi makan berdekatan kawasan rumah pun saya akan minta izin dan restu. Saya sendiri akan update ayah dia ke mana kami pergi setiap masa.
Redza juga berhajat untuk membawa isterinya menunaikan umrah apabila urusan kerja selesai.
Saya buat persiapan pernikahan ini pun ketika sibuk menjalani penggambaran malah kursus kahwin pun saya pergi masa cuti bulan lalu.
Insya-Allah saya nak bawa isteri tunai umrah sebab kena berterima kasih pada Allah yang memudahkan urusan pernikahan kami dan anak kami serahkan pada rezeki.