Tiada angin tiada ribut, suami kepada pelakon Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer memuat naik beberapa foto perkahwinannya dengan seorang wanita di akaun Instagram (IG).
Artikel Berkaitan: ‘Saya Hanya Berkongsi & Jangan Menilai Apa-Apa’ – Irma Hasmie Jawab Spekulasi Rumah Tangga Goyah
Perjalanan baharu bermula
Menerusi posting tersebut, Redza memberitahu ini merupakan perjalanan baharunya sebagai suami kepada wanita tersebut.
Bismillah. Perjalanan baharu bermula. Fokus adalah keluarga, karier dan masa hadapan bersama. Semoga Allah membalas kebaikan untuk doa-doa kalian.
Semoga Allah SWT makbulkan segala doa-doa yang baik-baik kepada kalian dan pertemukan kebahagiaan yang dicari.
Berikutan daripada posting itu juga, netizen tertanya-tanya mengenai status Irma pada waktu ini. Terdahulu, Irma enggan mengulas lanjut mengenai rumah tangga dan hal peribadinya apabila diajukan persoalan mengenai perkara terbabit.
Sumber: Redza