Pelakon, Reen Rahim bakal beraya sakan apabila mendedahkan sudah membeli sekurang-kurangnya enam pasang baju raya sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Reen Rahim Bayar Persiapan Kahwin Guna Duit Sendiri, 15 Juta Hanya Nilai Barang Kemas
Suami belum beli baju raya
Reen Rahim atau nama sebenarnya Nureen Ashikin Abdul Rahim memaklumkan bahawa tujuan dia membeli enam pasang kerana sengaja memberi pilihan kepada suaminya untuk memilih warna baju melayu.
Saya beli enam warna baju raya sebab dia (suami) satu baju pun tak ada lagi. Jadi, kalau dia beli warna coklat, saya dah ada warna coklat. Kalau dia pilih kelabu, saya dah ada warna kelabu. Suami saya merupakan seorang lelaki yang sangat ‘simple’.
Jadi saya dah siapkan bermacam-macam warna, jangan dia beli warna yang saya tak beli sudah.
Raya pertama di rumah keluarga mentua
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai persiapan raya pertama sebagai seorang isteri, Reen memaklumkan dia akan beraya di kampung halamannya dulu sebelum berangkat pulang ke kampung mentua selepas salam Hari Raya.
Raya pertama Reen akan bersama ibu bapa Reen dan selepas salam raya, pada hari raya pertama juga Reen akan balik ke kampung mentua di Sungai Besar.
Perkongsian itu dibuat Reen ketika ditemui sewaktu malam gala filem Sumpahan Malam Raya yang dibintanginya di GSC NU Sentral, pada 12 April yang lalu.
Filem bergenre komedi seram raya arahan Prof. Madya. Dr. Razak Mohaideen ini juga turut dibintangi Atu Zero, Datuk Yusry, Nora Danish, Danial Zaini dan ramai lagi.
Anda boleh saksikan filem bergenre komedi seram bertemakan raya ini bermula 22 April ini di 82 pawagam terpilih di seluruh negara.