berita

[VIDEO] Reen Rahim Bayar Persiapan Kahwin Guna Duit Sendiri, 15 Juta Hanya Nilai Barang Kemas

December 25th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Reen Rahim tampil menjelaskan dan memperincikan mengenai tajaan RM15 juta untuk majlis perkahwinannya yang menjadi bualan di media sosial.

Artikel Berkaitan: Reen Rahim & Mr H Nikah Hujung Tahun, Dapat Tajaan 15 Juta Untuk Tiga Majlis

Artikel Berkaitan: Reen Rahim Sah Isteri Ahli Perniagaan, Terima Mas Kahwin Sedulang Barang Kemas

Bukan dalam bentuk wang ringgit

Ketika ditemui OhBulan!, Reen, 34, menyatakan nilai tajaan RM15 juta itu bukan untuk keseluruhan ketiga-ketiga majlis iaitu malam berinai, akad nikah dan persandingan.

Kata aktres berumur 34 tahun ini, RM15 juta hanya untuk barang kemas yang digayakan manakala bayaran untuk perancang perkahwinan ditanggung sendiri.

Ramai yang berpendapat saya ditaja RM15 juta dalam bentuk wang ringgit. Namun, hal tersebut tidak tepat.

Semua yang ada pada majlis malam ini (pernikahan) saya bayar sendiri, tapi aksesori yang saya gayakan ditaja oleh Cares Gold.

Kalau saya dapat RM15 juta dalam bentuk wang, baik saya sedekahkan pada mereka yang memerlukan.

Perancangan ‘honeymoon’

@ohbulanofficial Fuhhhh RM15 juta. #ohbulan #fyp #viral #sembangentertainment #majlis #reenrahim #15juta ? original sound – Ohbulan

Dalam pada itu, pemilik nama Noreen Ashikin Abdul Rahim terpaksa menangguhkan perancangan untuk berbulan madu kerana masih terikat dengan tuntutan kerja.

Tak terfikir nak pergi mana lagi sebab kami cadang mendirikan rumah tangga pun sekitar lima bulan lepas. Kalau nak tahu, selang sehari lepas majlis kahwin saya dah kena kerja. Mungkin dah habis kerja nanti baru fikirkan soal bulan madu.

Pada malam Sabtu, pelakon filem Daddyku Gangster sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Boraombak Marina, Putrajaya.

Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Reen iaitu Abdul Rahim Abdul Kadir, 62, di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim pada pukul 9.05 malam dengan mas kahwin RM1,988 beserta sedulang barang kemas.

Terdahulu, Reen melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka berusia 28 tahun itu pada Ogos lalu namun bertindak untuk merahsiakannya atas permintaan keluarga.

Sumber: Instagram @reenrahim & @thelova.co

SKIP THIS AD ×