berita

Reen Rahim Rimas Berita Fasal ‘F.L’ Asyik Keluar ‘Timeline’ – ‘Buka IG Cerita Bodoh Fasal Dia Je’

January 12th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Reen Rahim

Pelakon Reen Rahim akui rimas apabila berita membabitkan seorang individu sering muncul di susur masa atau ‘timeline’ Instagram miliknya sejak kebelakangan ini.

Artikel Berkaitan: ‘Persentankan Mereka Yang Kritik’ – Reen Rahim Percaya Sweet Qismina Akan Jadi Hos Hebat Satu Hari Nanti

Artikel Berkaitan: ‘Macam B*doh Gimik Masa Umum Pemenang, Pengacara Pun Macam Tak Bijak’ – Netizen

‘Cerita bodoh’

Reen Rahim

Menurut Reen atau nama lengkapnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, dia menyifatkan berita individu yang memiliki nama dengan pangkal ‘F.L’ sebagai berita yang kurang bijak atau bodoh.

Dah beberapa hari buka IG cerita bodoh fasal F.L ni asyik naik je. Lemas lah aku tengok.

Reen meluahkan rasa kurang senangnya itu menerusi hantaran di Instagram pada Khamis.

Dalam masa sama, aktres berusia 35 tahun itu bertanyakan kepada pengikutnya bagaimana cara untuk menyekat berita tersebut daripada terus muncul di ‘timeline’ media sosialnya.

Macam mana nak setting benda bodoh ini tak naik dekat ‘wall’ aku eh? Minta tolong korang.

Sumber: Instagram 

SKIP THIS AD ×