berita

‘Persentankan Mereka Yang Kritik’ – Reen Rahim Percaya Sweet Qismina Akan Jadi Hos Hebat Satu Hari Nanti

September 5th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Reen Rahim, Sweet Qismina

Pelakon Reen Rahim menyifatkan kesalahan yang dilakukan aktres Sweet Qismina sewaktu menjadi hos di pertandingan akhir Bintang Kecil 2023 sebagai perkara biasa yang dilalui seorang pengacara baharu.

Artikel Berkaitan: ‘Macam B*doh Gimik Masa Umum Pemenang, Pengacara Pun Macam Tak Bijak’ – Netizen

Artikel Berkaitan: Sweet Qismina Sah Bergelar Isteri Adam Lee

Persetenkan mereka yang kritik

Reen Rahim, Sweet Qismina

Menerusi hantaran di Instagram Story, Reen berkata untuk menjadi seorang pengacara yang hebat perlu melalui fasa jatuh bangun terlebih dahulu.

Kata Reen, dia yakin Sweet akan menjadi seorang pengacara yang disegani suatu hari nanti.

Tak pernah la netizen ini nak bagi peluang kan. Kau ingat semua keluar perut terus pandai ke?

Nak jadi hebat kena lalui fasa ini (jatuh). Percayalah selepas dia (Sweet) lalui fasa ini dia akan kembali kuat dan hebat selepas ini.

Dalam hantaran sama, Reen berharap Sweet tidak mengambil peduli dan ‘persetankan’ cakap-cakap nakal netizen yang mengkritik dirinya.

Sweet, tolong persetankan mereka yang condemn (kritik) kau. Mereka yang cakap negatif ini sebenarnya mereka yang teruk.

Yang dah berjaya pasti nampak kekuatan awak dan akan sentiasa beri sokongan. Terus melangkah dan sentiasa ceria okey.

Terdahulu, nama Sweet teruk dikritik netizen selepas dia tersalah mengumumkan nama pemenang pertandingan akhir Bintang Kecil 2023 yang berlangsung di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Kuching pada Ahad.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×