berita

[VIDEO] Reen Rahim Panik Monyet ‘Serang’ Dapur – ‘Tak Kelakar! Kau Ingat Rumah Aku Zoo?’

November 24th, 2023 | by Alia
Kini Trending

reen rahim monyet

Pelakon, Reen Rahim diserang oleh seekor monyet semasa berada di dapur ketika dia sedang bersiaran langsung bersama pengikutnya di media sosial.

Artikel Berkaitan: Reen Rahim Teruja Masak Sahur Untuk Suami, Bukan Pemalas Seperti Yang Didakwa Netizen

Artikel Berkaitan: ‘Persentankan Mereka Yang Kritik’ – Reen Rahim Percaya Sweet Qismina Akan Jadi Hos Hebat Satu Hari Nanti

Reen panik

reen rahim monyet

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim kelihatan cemas dan menyorok di luar rumah sambil memerhatikan monyet tersebut.

Kelihatan haiwan itu sedang menyelongkar makanan lalu duduk di atas peti sejuk dan makan telur ayam.

Allahuakbar monyet! Aku takut, macam mana ni?  Ya Allah, dia makan telur pulak.

Pelakon berusia 35 tahun itu kemudian cuba menghalau monyet tersebut dengan menggunakan penyapu.

Berani kau masuk rumah aku ya? Dia ambil makanan ikan. Mana suami kita?

Tadi Reen buka (tingkap) tapi dia orang (monyet) tu tak ada. Ini perangai macam Israel, aku dah bagi makanan tiap-tiap hari. Aku bagi roti, nasi, ayam..

Sumpah tak kelakar! Dekat depan ada lagi, kau ingat rumah aku zoo.

Netizen terhibur

reen rahim monyet

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat Reen selain menasihatinya agar tidak memberi makanan kepada monyet itu supaya haiwan berkenaan tidak lagi datang mengacau.

@reenrahimmy

Tak kelakar…baru je terjadi tadi??baru nk start buat live sambil2 kemas sambil2 talk about @ReenRahimHygieneWash dah kene serang terus tak de mood

? original sound – Reen rahim Hygiene Wash – Reen rahim Hygiene Wash

Sumber: TikTok Reen Rahim

SKIP THIS AD ×