Seorang maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan sebuah pacuan empat roda dan beberapa buah motosikal. Kemalangan yang berlaku di Jalan Kebun Klang itu telah meragut nyawa Muhammad Zulfakkar Borhan yang menunggang motosikal jenis Nuovo LC. Di Facebook, adik allahyarham meluahkan rasa sayu dengan pemergian abang yang paling rapat dengannya.
Aku sayang kau Paka
Buat yang mengenali abang saya Muhammad Zulfakkar Bin Borhan, abang saya telah kembali kerahmatullah lebih kurang pukul 7.00 pagi tadi akibat dilanggar oleh pemandu mabuk yang memandu 4×4. Mohon jasa baik doakan dia supaya ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman.
Arwah adalah seorang abang yang sangat bertanggungjawab dan terlalu rapat dengan saya.
Dia sorang anak yang baik. Dan tidak pernah menyusah kan sesiapa. Sekiranya arwah ada berhutang dengan sesiapa, boleh hubungi saya.Rehat ye Paka. Jumpa lagi.
My heart is heavy. Today my dearest brother lost his life by a drunk driver. Please please please please pleaseeee do not drink and drive. Your recklessness and selfish attitude has caused me my brother, my only brother whom I am extremely close with.
Aku sayang kau Paka.
Adik mangsa, Umi Nabilah menerusi sebuah posting memaklumkan abangnya yang mesra dipanggil Paka meninggal dunia selepas dirempuh pemandu Ford Ranger. Katanya, abang merupakan seorang yang sangat baik dan bertanggungjawab. Tidak pernah menyusahkan sesiapa, pemergian allahyarham yang baru berusia 29 tahun itu sangat dirasai seluruh ahli keluarga. Umi Nabilah turut berpesan supaya tidak memandu dalam keadaan mabuk.
Meninggal di tempat kejadian
Terdahulu, viral sebuah video di Facebook menunjukkan pemandu Ford Ranger dibelasah orang awam selepas kemalangan berlaku. Difahamkan, pacuan empat roda yang dipandu telah merempuh dua motosikal sehingga menyebabkan seorang maut dan dua cedera parah.
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli memaklumkan Ford Ranger berkenaan memasuki laluan bertentangan kemudian melanggar dua motosikal sebelum terbabas ke dalam longkang.
Penunggang dan pembonceng Honda EX5 dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan ditempatkan di zon kuning dan zon merah. Manakala, penunggang Nuovo LC disahkan maut di tempat kejadian.
Saringan awal kandungan alkohol dalam darah melalui ujian pernafasan pada pemandu Ford Ranger menunjukkan ia pada tahap kawalan yang dibenarkan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Saya ingin mengingatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi bagi mengelak gangguan dalam siasatan.
Katanya lagi, pemandu Ford Ranger telah ditahan reman untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sumber : Umi Nabilah