berita

Rekod Video Korang Buat Jump-Rope Selama 1 Minit Dan Menangi Hadiah Bernilai RM30,000!

June 21st, 2021 | by Azyan
Kini Trending

Pandemik yang melanda dunia ketika ini memaksa ramai orang untuk lebih menumpukan perhatian kepada kesihatan dan juga perubatan mereka.

Selain daripada menjaga diri sendiri, peralatan perubatan dan pengamal perubatan juga memainkan peranan penting dalam membantu kita untuk lebih sihat!

Supaya korang lebih bersedia untuk berdepan dengan pandemik ni, Taiwan Excellence memperkenalkan Program ‘Elevate Your Body-Game’ dari Lohas Taiwan Excellence ni untuk membantu rakyat Malaysia jadi lebih sihat!

Jom tengok macam mana korang boleh join program ni!

Program ni merupakan program Jump-Rope terbesar di Malaysia! Jom join!

Bukan senang nak jumpa contest yang melibatkan senaman sekarang ni. Mesti korang akan lagi semangat lah untuk bersenam! Jump-rope ni merupakan antara aktiviti yang famous lagi lagi ketika PKP ni.

Senang je nak join program ni! Korang hanya perlu:

  1. Daftar di Laman Rasmi Lohas Taiwan Excellence [Klik SINI]

  2. Rekod video korang buat jump-rope seberapa banyak yang korang boleh dalam masa 1 minit!

  3. Muat naik di media sosial korang sebelum jam 11.59pm, 10 Julai

  4. Pastikan korang sertakan hashtag #TaiwanExcellenceMY #EverydayExcellence #ElevateYourBodyGame  #JumpRopeMalaysia

    Pandemik yang melanda dunia ketika ini memaksa ramai orang untuk lebih menumpukan perhatian kepada kesihatan dan juga perubatan mereka. Selain daripada menjaga diri sendiri, peralatan perubatan dan pengamal perubatan juga memainkan peranan penting dalam membantu kita untuk lebih sihat! Supaya korang…

Ada hadiah menarik untuk sesiapa yang daftar awal tau! Korang jangan terlepas!

Hadiah bernilai RM30,000 untuk dimenangi! Lompat je!

Senang sangat contest ni! Korang lompat-lompat je dah boleh memang hadiah sebanyak ini! Wahhhh!

Seramai 30 orang pemenang berpeluang untuk memenangi pertandingan ini dan akan menerima produk premium dari The Taiwan Excellence!

Semua video akan disahkan dan diupload ke Website Lohas Taiwan Excellence  dan sistem pointer akan digunakan untuk memilih pemenang. Point akan diberikan berdasarkan:

  1. Berapa banyak lompatan yang berjaya dibuat. 1 lompatan untuk 1 point.

  2. Kebolehan untuk lompat secara freestyle. Markah bonus sebanyak 5 markah akan diberikan jika lompatan secara freestyle tersebut dibuat dengan sempurna. Contohnya, sekiranya John berjaya untuk membuat 6 freestyle dengan sempurna, 5 markah extra akan diberikan.

  3. Jumlah undian di Website Lohas Taiwan Excellence.

Semua undian akan ditutup pada 15 Julai 2021 pada jam 11.59pm!

Lohas Taiwan Excellence juga berkolaborasi dengan produk kesihatan terbaik di Taiwan!

Semua produk yang mereka berkolaborasi ni, merupakan jenama-jenama yang mendapat anugerah tau! Antaranya ialah Karma Medical, Tan Bead, Wincomm, WIIM, NewEpi, LeadTek, Horus Scope, Charder, iNAP Sleep Therapy System, Body Charger Fitness, AROMASE, APED, O’right, TATUNG dan CTM Mobility Products

Taiwan Excellence membantu untuk mengenal pasti produk-produk yang menawarkan ‘Innovative Value’! Produk-produk yang dipilih oleh Taiwan Excellence Awards ni akan menjadi contoh kepada industri domestik dan juga akan di promosikan oleh pihak kerajaan ke peringkat antarabangsa dalam usaha untuk membentuk imej kreatif bagi ekonomi Taiwan!

Ha jadi korang jangan risau! Jom join dulu contest ni! Sihat pun dapat, duit pun dapat kalau memang! Silap-silap badan korang terus lagi bertenaga lepas ni dengan aktiviti jump-rope ni.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik dekat SINI!

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×