Seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun di China yang ‘ketagih’ permainan dalam talian telah membelanjakan wang sebanyak 449,500 yuan (RM290,000).
Artikel Berkaitan: Ibu Terpaksa Kurung Anak Dalam Sangkar Sebab Bapa Ketagih Main Game
Habis simpanan
Pelajar sekolah menengah yang berasal dari wilayah Henan di tengah China itu dikatakan mula berjoli dengan wang ibunya sejak empat bulan lalu sebelum kantoi.
Menurut ibu gadis yang bernama Wang, dia hanya mengetahui kecurian itu apabila menerima aduan daripada seorang guru yang memaklumkan anaknya sering menghabiskan masa dengan telefon bimbit di sekolah.
Apabila Wang menyemak baki banknya, dia mendapati hanya tinggal 0.5 yuan (Rm0.32) dalam akaunnya.
Dalam satu video tular yang disiarkan laporan berita, Wang dilihat membelek penyata bank yang memperincikan setiap transaksi yang dilakukan oleh anak perempuannya untuk membayar permainan dalam talian.
Ketika disoal bapanya, kanak-kanak itu mengaku telah membelanjakan sebanyak 120,000 yuan (RM77,600) untuk membeli permainan itu, 210,000 yuan (RM135,800) untuk pembelian dalam permainan dan 100,000 yuan (RM64,600) untuk membeli permainan buat 10 rakan sekelasnya.
Sementara itu, remaja terbabit memberitahu dia tidak tahu jumlah duit yang ada dalam kad debit tersebut. Kata kanak-kanak itu lagi, dia tahu kata laluan kad debit itu setelah diberikan ibunya sekiranya memerlukan wang ketika ketiadaan orang tua.
Sumber: SCMP