berita

Remaja 13 Tahun Nekad Lari Rumah, Dakwa Ibu Kandung Izinkan Bapa Tiri ‘Ratah’ Sampai 3 Kali

September 6th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang remaja di Indonesia nekad melarikan diri dari rumah kerana sudah tidak tahan dengan layanan yang diberikan semasa di bawah jagaan ibu kandung dan bapa tirinya berusia 51 tahun.

Dakwa dibenarkan ibu kandung

Foto: Detik.com(Kombes Kusumo Wahyu Bintoro bersama RI Tri Rismaharini)

Menerusi laporan Detik, mangsa yang masih di bawah umur dipercayai dijadikan mangsa pemuas nafsu bapa tirinya. Lebih mengejutkan apabila ibu kandung mangsa sendiri didakwa mengizinkan suaminya melakukan perbuatan terkutuk itu.

Menurut Ketua Polis Sidoarjo iaitu Kombes Kusumo Wahyu Bintoro, perbuatan tersebut hanya terbongkar selepas mangsa yang berusia 13 tahun melarikan diri dari rumah sebelum ditemukan oleh orang kampung.

Selepas mendengar pengakuan mangsa, penduduk kampung melaporkan kepada pihak polis. Mereka kemudian menjalankan siasatan lanjut termasuklah menyoal siasat ibu dan bapa tiri mangsa. Menurut laporan, si ibu dikatakan membenarkan suaminya melakukan gangguan seksual terhadap anak kandungnya. Kejadian tersebut dipercayai telah berlaku sebanyak tiga kali di kediaman mereka sendiri.

Memang ada seorang bapa melakukan hubungan seks dengan anak tirinya. Anehnya, perbuatan zina ini diizinkan oleh ibu mangsa.

Menurut sumber, tindakan tersebut turut dikecam oleh Menteri Sosial (Mensos) iaitu RI Tri Rismaharini namun dia seakan berasa was-was dengan keterangan mangsa. Difahamkan, mangsa juga masih trauma dan tidak mahu bertemu dengan keluarganya. Oleh hal demikian, Rismaharini akan meminta pihaknya menempatkan mangsa di Dewan Kementerian Hal Ehwal Sosial serta dijaga oleh pentadbiran.

Kes ini masih disiasat oleh pihak berkuasa.

Sumber: Detik, Suara Surabaya

SKIP THIS AD ×