Seorang remaja berusia 14 tahun ditahan polis selepas didakwa menyerang keluarganya sendiri sehingga meragut nyawa bapa dan neneknya.
Artikel Berkaitan: Lelaki Mengaku Makan Daging Kawan Baik Selama 2 Hari, Kantoi Lepas Buang Mayat Di Taman – ’32 Tahun Tunggu, Itu Adalah Momen Bersejarah Aku’
Artikel Berkaitan: Anak Simpan Mayat Ibu Dalam Peti Sejuk Beku Selama Tiga Tahun
Remaja 14 tahun bunuh bapa, nenek
Memetik laporan Detik, insiden ngeri tersebut berlaku di kediaman keluarga itu yang terletak di Perumahan Bona Indah, Jakarta Selatan pada Sabtu.
Menurut sumber, suspek pada awalnya menyerang tiga individu termasuk ibu bapanya yang berusia 40 tahun dan nenek, 69, menggunakan pisau dapur. Susulan daripada serangan itu, bapa dan nenek suspek dilaporkan maut manakala ibunya mengalami kecederaan parah.
Pegawai pengaman bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan berhubung insiden itu. Ketika dalam perjalanan, pegawai tersebut melihat suspek yang berada dalam keadaan berlumuran darah cuba melarikan diri.
Namun suspek berjaya ditahan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan semasa soal siasat, suspek mengaku melakukan pembunuhan itu selepas mendengar satu suara ‘bisikan’.
Pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kes.
Sumber: Detik