
Seorang remaja berusia 14 tahun maut selepas terkena tembakan senapang buatan sendiri atau bakakuk dalam satu kejadian di Keningau pada Ahad.
Artikel Berkaitan: Nak Buru Haiwan Tapi Tertembak Rakan Sendiri, Sekumpulan Lelaki Bawa Lari Mayat 300KM & Tinggal Tepi Jalan
Artikel Berkaitan: Anggota Tentera Pangkat Koperal Maut Ditembak Pemburu Haram Ketika Jalani Latihan
Tertembak guna bakakuk

Memetik laporan Berita Harian, insiden cemas itu berlaku ketika mangsa bersama rakannya bermain sembunyi-sembunyi di halaman sebuah rumah di Jalan Kem PPH.
Bagaimanapun, ketika bermain, rakannya itu secara tidak sengaja melepaskan tembakan ke arahnya dari jarak kira-kira tiga meter.
Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan dua itu mengalami 14 kesan tembakan pada beberapa bahagian tubuh termasuk dada kanan, lengan kanan, lutut dan sisi kiri badan mangsa. Mangsa disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital Keningau.
Menurut Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai, insiden berlaku ketika rakan sebaya mangsa meminta senjata tersebut untuk bergurau.
Ketika bermain sembunyi-sembunyi, mangsa bersembunyi di bawah kolong rumah sebelum suspek dipercayai tidak sengaja menarik picu senjata lalu melepaskan tembakan ke arah mangsa.
Suspek panik lalu meminta bantuan orang kampung yang kebetulan melintas sebelum mangsa dibawa ke hospital.
Siasatan mendapati senjata itu disorokkan adik suspek berusia 13 tahun, manakala pemiliknya adalah bapa mereka berusia 70 tahun.
Susulan daripada itu, ketiga-tiga beranak ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Polis turut merampas bakakuk, peluru hidup, kelongsong peluru, pakaian suspek serta dua telefon bimbit.
Sumber: Berita Harian







![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)
