berita

Remaja 15 Tahun Dirogol Dua Lelaki Rohingya Dalam Kereta

September 20th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang remaja perempuan diperkosa dua lelaki etnik Rohingya dalam satu kejadian di kawasan Klebang, pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: Bekas Suami Katy Perry Dituduh Rogol 4 Wanita – ‘Dipaksa Masukkan..Sampai Tercekik’

Artikel Berkaitan: Rogol & Buang Mayat Jiran Bisu Dalam Tangki Najis, Suspek Sempat Sedekah Wang Curi Supaya Roh Mangsa Tenang

Dirogol dua lelaki Rohingya

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang berusia 15 tahun dibawa bersiar-siar menaiki motosikal oleh suspek pertama, 14 , yang baru dikenalinya. Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah, mangsa kemudian dibawa pula bertemu dengan seorang lagi lelaki Rohingya berusia 27 tahun (suspek kedua) di sebuah restoran di Klebang.

Mereka kemudiannya pergi bersiar-siar dengan menaiki Proton Preve dipandu suspek kedua, sebelum mangsa dirogol oleh kedua-dua lelaki itu di dalam kenderaan berkenaan di tepi pantai di kawasan itu.

Selepas dirogol, mangsa ditinggalkan di sebuah taman permainan di kawasan Batu Berendam.

Mangsa akhirnya ditemukan di taman permainan tersebut sekitar 2 hingga 3 pagi. Pencarian itu dilakukan oleh rakan abang mangsa selepas mengetahui dia tidak pulang ke rumah. Hasil pemeriksaan mendapati kesan koyakan pada kemaluan mangsa

Bertindak atas maklumat, polis mengesan dan menahan kedua-dua suspek lelaki Rohingya pada hari sama dan suspek direman tujuh hari bermula 15 hingga 21 September ini bagi siasatan lanjut.

Suspek pertama seorang penganggur dan suspek kedua, peniaga dan mereka turut memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun dan sebat.

Terdahulu, pihak polis  menerima laporan kejadian dibuat abang mangsa pada hari sama di Balai Polis Batang Tiga.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×