berita

Diumpan Cari Kerja, Remaja Lelaki Dikurung 10 Hari & Diliwat Berkali-Kali

September 14th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang remaja lelaki didakwa diliwat dan dikurung selama 10 hari di sebuah rumah selepas ‘diumpan’ dengan tawaran kerja di media sosial.

Artikel Berkaitan: Ajakan Seks Ditolak Sebab Penat Kerja, Lelaki Beristeri 2 Ugut Bunuh Anak-Anak

Diliwat, dikurung 10 hari

Sekadar gambar hiasan

Mangsa yang berusia 18 tahun itu mendakwa ditawarkan pekerjaan oleh seorang individu yang dikenalinya melalui aplikasi dalam talian pada Julai lalu. Beberapa hari selepas berkenalan, mangsa dan suspek berjumpa dan suspek menawarkan diri untuk menumpangkan mangsa ke lokasi kerja yang dikatakan.

Mangsa bersetuju dan menaiki kenderaan suspek yang mengambilnya di rumah mangsa di Bukit Jalil. Suspek membawa mangsa ke rumahnya di Kampung Pandan dan berjanji akan membawanya ke pasar raya untuk bekerja.

Selepas dibawa ke sebuah pasar raya untuk bekerja, mangsa kemudian dibawa pulang ke rumah suspek. Mangsa diarahkan melakukan kerja rumah dan tidak dibenarkan pulang mahupun keluar dari rumah tersebut.

Dia dikurung secara salah selama 10 hari dan diliwat oleh suspek beberapa kali.

Mangsa akhirnya dibenarkan pulang namun dia diugut agar tidak mendedahkan kejadian itu kepada sesiapa. Difahamkan, mangsa yang masih dalam keadaan trauma hanya menceritakan kepada keluarganya sahaja. Susulan daripada itu, mangsa telah tampil membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan. Menurut sumber, suspek sudah dikenalpasti dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sumber: The Star

SKIP THIS AD ×