Sekadar gambar hiasan
Seorang remaja perempuan didakwa dirogol oleh seorang buruh binaan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Lelaki Mengaku ‘Bayar’ Anak Tiri RM15 Untuk Bersetubuh, Sembunyi Di Kandang Babi Selama 3 Hari Lepas Kantoi
Artikel Berkaitan: Remaja 14 Tahun Dinoda Pak Cik Sampai Hamil Kembar, Keluarga ‘Back Up’ Sebab Bapa Saudara Kerja Arkitek
Berkenalan di PPS
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Berita Harian, kejadian rogol itu melibatkan seorang remaja berusia 15 tahun dan suspek iaitu seorang buruh binaan berusia 23 tahun.
Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, kedua-dua individu terbabit berkenalan di sebuah PPS di negeri itu sebelum berlakunya insiden pada 2 Disember lalu di stor.
Kejadian itu diketahui abang mangsa dan mereka mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu selepas disoal siasat oleh keluarga.
Susulan daripada itu, satu laporan polis telah dibuat dan suspek ditahan reman selama tujuh hari. Suspek bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan tiada sebarang jaminan ditawarkan.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) dan hakim menetapkan sebutan semula kes berkenaan pada 14 Januari depan.
Sumber: Berita Harian