berita

Remaja 17 Tahun Cedera Ditumbuk Teman Lelaki Ibu

October 25th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang remaja berusia 17 tahun dipukul oleh seorang lelaki yang disyaki mempunyai hubungan istimewa dengan ibunya.

Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Didera, Dikurung & Tidak Diberi Makan Oleh Bapa Kandung & Keluarga Tiri

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Makan Rambutan Bersepah, Kanak-Kanak Diseterika Di Perut & Belakang Badan

Mangsa datang ke rumah

Gambar sekadar hiasan 

Menerusi laporan Tribun News, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Tanah Datar, Iptu Ary Andre berkata kejadian berlaku apabila mangsa datang ke rumah sewa suspek.

Kejadian bermula ketika mangsa pergi ke rumah sewa suspek untuk bertanya di mana adik mangsa.

Ketika mangsa tiba, ibunya tidak menyambut dengan baik. Sebaliknya, bertanya tentang keperluannya dengan cara yang kasar.

Akibat perlakuan kasar ibunya, mangsa meminta diri untuk pulang, sementara suspek keluar dari dalam rumah sewa.

Suspek segera melemparkan penumbuk ke muka mangsa menggunakan tangan kanannya.

Suspek juga turut mengheret mangsa menyebabkan mangsa terjatuh dan suspek sekali lagi melemparkan penumbuk ke muka mangsa berulang kali.

Berdasarkan keterangan mangsa, suspek meletakkan tangannya untuk menghalang mangsa daripada bergerak bebas.

Mangsa sempat memberikan tentangan, namun dia tidak berdaya untuk melawan.

Disebabkan itu, mangsa mengalami lebam di muka, kedua-dua matanya mempunyai bintik merah, dan bibirnya cedera.

Inspektor Ary Andre juga turut memberitahu kejadian itu sendiri disaksikan secara langsung oleh ibu mangsa yang berada di rumah sewa suspek.

Walau bagaimanapun, bapa saudara mangsa tidak boleh menerima apa yang berlaku dan terus membuat laporan polis.

Tambah Inspektor Ary Andre, bahan bukti untuk kes tersebut seperti baju dan seluar suspek telah dirampas oleh pihak polis.

Sementara itu, suspek kini telah ditahan di Polis Tanah Datar untuk siasatan lanjut.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×