berita

Pelajar Tumbuk Guru Bertubi-Tubi Sehingga Cedera Parah

January 15th, 2024 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang pelajar di Missouri, Amerika Syarikat telah ditahan selepas dia dengan kejam menumbuk kepala gurunya berulang kali sehingga dimasukkan ke hospital.

Artikel Berkaitan: Tak Puas Hati Ditegur, Pelajar Bertindak Hempas Guru Ke Lantai

Artikel Berkaitan: Pelajar Asrama Meraung Didera Cikgu, Tangan Melecur & Melepuh Akibat Dicelup Air Panas

Pukul bertubi-tubi

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Daily Star, kejadian ini telah menjadi tular di aplikasi X di mana video tersebut memaparkan seorang pelajar memukul gurunya yang berusia 65 tahun secara bertubi-tubi.

Seorang guru lelaki cuba masuk campur untuk menghentikan kejadian tersebut selepas dia melihat mangsa terjatuh ke atas lantai.

Dalam video kedua, kelihatan pelajar tersebut dalam keadaan bergari di mana suspek mengalami sawan ketika seseorang cuba menenangkannya.

Menurut saksi kejadian, pergaduhan bermula apabila guru tersebut menyoal tindakan suspek yang pergi ke loker untuk mendapatkan ubat sawannya.

Disebabkan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan yang teruk dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Pihak sekolah Tinggi Normandy mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan bekerjasama sepenuhnya dengan penguatkuasaan undang-undang tempatan untuk melakukan siasatan terhadap kejadian tersebut.

Pentadbiran memandang serius perkara ini, dan bekerjasama sepenuhnya dengan penguatkuasaan undang-undang tempatan.

Selain itu, kami telah melancarkan siasatan dalaman untuk mengumpulkan semua fakta yang diperlukan mengenai kejadian itu, dan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan penemuan penyiasatan ini.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×