berita

Remaja 19 Tahun Maut Selepas Buang 32kg Lemak

April 30th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang remaja berusia 19 tahun di Mesir meninggal dunia selepas menjalani rawatan sedut lemak untuk membuang kira-kira 31.7 kilogram (kg) lemak daripada badannya.

Doktor enggan periksa

Dr. Gerges yang menjalankan pembedahan. (Foto: BBC)

Gadis tersebut yang bernama Menna El Sayied dibawa menemui doktor yang membedahnya dalam keadaan berkerusi roda seminggu selepas menjalani prosedur tersebut. Ibunya, Amal Ahmed menceritakan kejadian itu dalam dokumentari terbitan BBC bertajuk Beauty’s Ugly Truth.

Memetik laporan Mirror UK, ibu Menna membenarkan anaknya menjalani pembedahan tersebut kerana diberitahu doktor bahawa rawatan sedut lemak merupakan satu pembedahan yang mudah.

Saya memberitahu doktor tersebut bahawa Menna ialah satu-satunya anak perempuan saya. Dia berkata bahawa prosedur itu hanyalah pembedahan mudah.

Tambah Amal, Menna dibawa kembali berjumpa dengan doktor tersebut bagi menjalani pemeriksaan lapan hari selepas pembedahan. Namun, doktor berkenaan enggan memeriksa gadis itu dengan lebih lanjut meskipun dia tiba dalam keadaan berkerusi roda dan sukar untuk bercakap.

Dia bawa kami ke dalam bilik dan Menna memberitahu doktor bahawa dia sedang menahan rasa sakit yang sangat besar dan rasa sakit tersebut mungkin akan membunuhnya.

Doktor tersebut kemudian meletakkan punca rasa sakit tersebut pada jahitan di tempat pembedahannya, dan mereka berdua diminta pulang ke rumah. Pada malam tersebut, Menna ditemui di atas katil dalam keadaan tidak sedarkan diri. Dia kemudian meninggal dunia akibat darah beku pada paru-paru dan perut, keesokan harinya.

‘Saya tak cukup cantik ke?’

Foto: BBC

Dalam pada itu, doktor berkenaan, Mina Gerges memberitahu BBC bahawa dia tidak melakukan sebarang kesilapan ketika merawat Menna dan enggan mengulas lanjut kes itu bagi melindungi rahsia pesakit. Kematian Meena dirujuk sebagai embolisme selepas sedutan lemak. Tiada sebarang bedah siasat dijalankan atau dakwaan kes jenayah dikenakan.

Pelajar jurusan undang-undang itu dilaporkan berduka cita kerana memiliki berat badan 101 kg. Menurut rakan-rakannya, Menna sering bertanyakan soalan-soaln yang berkaitan dengan rupa parasnya.

Memang saya gemuk sangat ke?

Saya tak cukup cantik ke?

Susulan rasa kurang keyakinan terhadap badannya, Menna mendapatkan maklumat mengenai doktor bedah plastik itu secara online.

Sumber: Mirror UK

SKIP THIS AD ×