Di Missouri, Amerika Syarikat (AS), seorang remaja perempuan, yang dikenali sebagai Sadie Tessmer mengalami sejenis sindrom yang menyerang satu daripada 230 juta orang penduduk dunia.
Alahan terhadap air
Sekadar gambar hiasan
Menerusi laporan Dailymail, remaja perempuan tersebut mengalami sindrom alahan terhadap air. Kulitnya akan bertukar kemerah-merahan, terasa seperti terbakar dan sangat sakit jika terkena air. Alahan yang dialami digelar ‘aquagenic urticaria’ itu telah menyerang dirinya sejak akhir tahun lalu.
Sebelum ini, Tessmer tidak mempunyai masalah terhadap air serta boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti bermain bola sepak dan pergi ke pantai sehingga akhir 2019.
Air membuatkan badan saya kelihatan seperti dibakar api dan ruam-ruam merah akan muncul. Sepanjang musim panas lalu, saya hanya tinggal di rumah dan mengelak semua aktiviti luar yang menyebabkan saya berpeluh
Selain menghalang Tessmer daripada melakukan aktiviti bermain kayak di tengah tasik, keluar berenang di pantai dan berpeluh semasa berlatih bola sepak, dia juga terpaksa menggunakan penyedut minuman semasa hendak meminum air untuk mengelakkan daripada menyentuh bibirnya.
Pakar telah memberi amaran bahawa penyakit itu boleh membawa maut jika terlalu teruk namun sehingga sekarang masih tiada penawar yang boleh merawat.
Sumber: DailyMail