berita

Remaja Alami Detik Cemas, Rambut Tersangkut Ketika Naik Roda Ferris Sampai Kena Potong

October 3rd, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Rambut Tersangkut Naik Roda Ferris

Kegembiraan seorang remaja perempuan menaiki roda Ferris terbantut apabila rambutnya tersangkut pada rangka besi permainan tersebut.

Artikel Berkaitan: Teruja ‘Rai’ Penceraian, Lelaki Patah Leher & Pinggang Main ‘Bungee Jumping’

Rambut kena potong

Rambut Tersangkut Naik Roda Ferris

Memetik laporan portal Times Now News, kejadian yang berlaku di Gujarat, India itu tercetus ketika rakyat di kawasan berkenaan sedang meraikan perayaan yang diberi nama Ganesh Chaturthi.

Sedang dirinya asyik bersuka ria menaiki roda Ferris itu, remaja tersebut melepaskan rambutnya tanpa menyedari bakal berdepan dengan situasi yang sangat berbahaya dalam hidupnya.

Selepas beberapa pusingan, rambutnya yang panjang itu tersangkut pada rangka besi permainan berkenaan dan menyebabkan dirinya ketakutan kerana terperangkap dari tempat yang tinggi.

Penjaga roda Ferris tersebut dengan pantas memberhentikan permainan berkenaan bagi mengelakkan daripada berlaku sebarang kecederaan yang serius terhadap mangsa.

Orang ramai yang cuba membantu juga terpaksa memotong rambut remaja tersebut selepas cubaan mereka untuk melepaskan rambutnya daripada rangka besi permainan tersebut tidak berjaya.

Sumber: Times Now News

SKIP THIS AD ×