berita

Remaja Bawa Beg Pergi Balai Polis, Siap Buat Pengakuan Lagi! Rupa-Rupanya Dalam Beg Berisi…

September 7th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Di Nepal, seorang remaja lelaki mengaku telah membunuh seseorang dengan memenggal kepalanya sebelum menyerahkan diri ke balai polis di daerah Dhading, Bagmati Pradesh. Tetapi apa yang lebih mengejutkan apabila suspek dengan selambanya mengisi kepala mangsa di dalam beg dan dibawa ke balai polis berkenaan.

Penggal kepala mangsa

Menerusi laporan yang dipetik daripada Mirror UK, suspek yang dikenali dengan Rahu Pariyar merupakan seorang remaja telah melakukan pembunuhan kejam terhadap seorang warga emas yang berusia 65 tahun.

Menurut Ketua Polis Dhading, Supritendan Rabindra Regmi, suspek dipercayai telah menggunakan pisau untuk memenggal kepala mangsa. Selepas membunuh, suspek kemudian memasukkan kepala yang berlumuran dengan darah itu ke dalam beg sebelum dibawa ke balai polis.

Disebabkan perselisihan faham

Suspek yang telah menyerahkan diri mengakui perbuatannya itu dan memaklumkan bahawa mangsa, Som Bahadur Gurung adalah rakan sekampungnya. Difahamkan, insiden ngeri ini berlaku disebabkan perselisihan faham yang tercetus antara mereka berdua.

Polis mengambil senjata yang digunakan bersama beg berisi kepala mangsa dan hasil siasatan awal mendapati Pariyar membunuh Gurung akibat perselisihan faham.

Sementara itu, pihak polis sudah menahan suspek untuk siasatan lanjut selain sedang melakukan bedah siasat ke atas mayat mangsa.

Sumber: Mirror UK

SKIP THIS AD ×