Baru-baru ini, viral satu tweet mengenai seorang remaja yang menulis sepucuk surat dengan mengaku telah mencuri makanan di sebuah pasar raya terkenal telah mendapat perhatian netizen.
Perkongsian tersebut dimuat naik di akaun Twitter, Camelia yang merupakan seorang pekerja di sebuah pasar raya itu menyatakan ada seorang remaja datang kepadanya dan menyerahkan surat yang dikepilkan dengan wang berjumlah RM30.
Bayar ganti rugi sebab curi-curi makan biskut
Lama aq keje giant ni susah nak dpt cust yg jujur mcm nii
…?? pic.twitter.com/GoVo9AUUwZ— Camelia (@Cameliamalik26) October 8, 2019
Hai, assalamualaikum Giant, disini saya sertakan duit cash sebanyak RM30 sewaktu saya berumur 9 tahun saya pernah mencuri makan biskut ikan yang berada di kawasan asam, biskut dan kacang layan diri.
Maksud saya layan diri kemudian timbang dan seterusnya ke kaunter untuk membuat pembayaran. Saya mencuri-curi makan biskut ikan bukan sekali dua malah sepanjang saya sekolah rendah lagi setiap kali saya pergi ke Giant (Shah Alam).
Kini, saya berumur 15 tahun, saya sedar saya makan dari sumber yang haram kerana tidak membayarnya. Jadi memohon 1000 maaf untuk kesilapan saya ini. Tetapi saya ciri-curi makan bukanlah 1 genggam tetapi 3 biji atau bawah 7 biji saja.
Sila lah terima ganti rugi saya ini sebanyak RM30. Maaf kerana tidak dapat face to face sebab saya sudah berpindah ke Terengganu. Terima kasih.
Semoga terus istiqomah
Bagusnya dia
Perkongsian ini telah mendapat 14, 400 retweet dan 11, 600 likes oleh netizen. Rata-rata daripada mereka berbangga dan puji dengan sikap jujur yang ditunjukkan oleh remaja berkenaan.
Sumber: Camelia