berita

Remaja Buang Bayi Baru Lahir Dari Tingkat 13 Sebuah Hotel Di Sarawak

January 14th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Kuching, Sarawak, seorang remaja perempuan berusia 19 tahun berjaya ditangkap oleh pihak polis selepas disyaki membuang bayi perempuan dari tingkat 13 sebuah hotel, semalam. Menerusi laporan Harian Metro, remaja tersebut merupakan ibu kandung kepada bayi berkenaan.

Lahir bayi dalam bilik hotel

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani memberitahu bahawa mayat bayi baru dilahirkan itu ditemui oleh orang awam di Jalan Bukit Mata. Tambah beliau, pihaknya mendapat maklumat mengenai bayi tersebut pada pukul 9.20 malam selepas orang awam menghubungi mereka.

Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis telah membuat siasatan di tempat kejadian dan menemui mayat bayi terbaring di tempat kejadian dengan kecederaan di bahagian kepala.

Jelas Awang Din lagi, remaja tersebut dipercayai melahirkan bayi berkenaan di dalam bilik hotel sebelum mencampaknya dari tingkat 13. Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut manakala suspel dihantar ke HUS untuk rawatan lanjut. Kes tersebut juga disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×