berita

Remaja Cedera Dibelasah 10 Lelaki Kerana Wanita Warga Asing

November 3rd, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Di media sosial, viral satu video yang memaparkan seorang remaja lelaki diserang dan dipukul oleh sekumpulan lelaki berhampiran sebuah restoran di Bandaraya Johor Bahru, semalam.

Artikel Berkaitan: Jatuh Hati Dengan Sikap Jujur & Rajin, Remaja 19 Tahun Bertunang Dengan Nenek 56 Tahun

Artikel Berkaitan: Bergaduh Berebut Tempat Duduk, Remaja Lelaki Maut Tertusuk Pisau Dibaling Kakak

Dibelasah guna kon

Melalui rakaman video terbabit, remaja tersebut dipukul oleh 10 lelaki yang turut menggunakan kon sehingga mengakibatkan kecederaan di bahagian muka, kepala dan badan. Difahamkan, kejadian itu berlaku dipercayai akibat perkenalannya dengan seorang wanita warga asing melalui media sosial. Mangsa juga difahamkan membuat temu janji untuk berjumpa wanita berkenaan di sebuah restoran berhampiran lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat memaklumkan kejadian terbabit dilaporkan berlaku sekitar jam 5.15 pagi. Tambah Raub, remaja lelaki terbabit bertindak melarikan diri ke kawasan berhampiran sebelum dikejar enam orang lelaki sehingga akhirnya dibelasah oleh 10 lelaki hingga cedera.

Mangsa yang berusia 19 tahun memberitahu, dia berkenalan dengan seorang wanita warga asing melalui media sosial, sebelum mereka berjanji untuk bertemu di sebuah restoran di kawasan berkenaan.

Ketika sedang minum, mangsa didatangi empat lelaki yang bertanyakan bagaimana dia berkenalan dengan wanita tersebut. Tidak lama kemudiannya mangsa dipukul oleh mereka.

Raub juga memaklumkan, remaja berkenaan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan menerima rawatan sebagai pesakit luar. Tambahnya lagi, pihak polis akan menjalankan siasatan atas kejadian itu mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×