Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki berusia 20 tahun telah ditahan polis pada 13 November lalu selepas disyaki cuba membunuh adik perempuannya semata-mata mahu melakukan hubungan seks dengan mayat mangsa.
Cuba bunuh adik kandung
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Daily Star UK, mangsa yang berusia 18 tahun mengalami kecederaan pada bahagian kepala akibat ditikam oleh suspek dan kini sedang dirawat di Pusat Perubatan Meir di Israel. Semasa soal siasat, mangsa memberitahu bahawa suspek telah masuk ke dalam bilik tidurnya pada waktu malam sebelum dia tiba-tiba mengeluarkan sebilah pisau. Suspek kemudian bertindak agresif dengan menikam kepala mangsa. Namun mangsa sempat melarikan diri.
Saya berlari keluar dari bilik, kalau tak dia akan membunuh saya. Saya tidak tahu apa yang berlaku terhadapnya.
Hasil siasatan awal mendapati, suspek mengaku bertindak sedemikian kerana dia merupakan peminat filem necrophilia. Sementara peguam yang mewakili mangsa mendakwa suspek mempunyai masalah mental sejak beberapa tahun lalu dan kini suspek dimasukkan ke hospital psikiatri untuk penilaian kesihatan bagi menentukan statusnya. Hasil semakan mendapati, suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
Sumber: Daily Star