berita

Remaja Dilacur Bapa Kandung, Dipaksa Layan Lebih 20 Pelanggan

July 13th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Seorang remaja terpaksa berdepan detik hitam apabila dirogol dan dilacurkan oleh bapa kandung sendiri. Lebih menyedihkan, dia dipaksa untuk melakukan hubungan seks dengan lebih 20 orang sejak tahun lalu.

Berlaku di rumah sendiri

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Harian Metro, rahsia yang dipendam remaja tersebut akhirnya terbongkar apabila ibu saudaranya membuat laporan polis. Remaja yang baru berusia 13 tahun itu, dipercayai dirogol oleh bapa kandungnya sejak usianya 10 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan memaklumkan kesemua kejadian tersebut berlaku di rumah mangsa sendiri.

Difahamkan, mangsa mula dirogol oleh bapa kandungnya ketika dia baru berusia 10 tahun. Ibu mangsa yang mengetahui kejadian itu pernah memarahi suspek dan lelaki itu menyatakan tidak akan mengulangi perbuatannya.

Tidak memperolehi bayaran

Mohd Zaid turut memberitahu mangsa dipaksa oleh bapa kandungnya untuk melakukan hubungan seks dengan lebih 20 orang lelaki sejak pertengahan tahun lalu hingga Februari tahun ini.

Suspek membawa pelanggan ke rumah itu dan memaksa mangsa melayani kehendak seks pelanggan berkenaan. Mangsa tidak memperolehi apa-apa bayaran bagi layanan seks yang dilakukannya.

Setakat ini, pihak polis sedang mengesan bapa kandung remaja tersebut yang masih bebas. Manakala, kes tersebut bakal disiasat mengikut Seksyen 376B dan 372 Kanun Keseksaan serta Seksyen 43(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menghubungi pengawai penyiasat kes.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×