Kekecohan tercetus beberapa jam sebelum konsert K-pop bersama kumpulan ATEEZ berlangsung apabila seorang remaja lelaki telah ditikam di Arena 02, London.
Artikel Berkaitan: Angkara Cemburu, Lelaki Tergamak Tikam Kekasih Di Hadapan Anak
Artikel Berkaitan: Wanita Bayar Upah RM52 Bunuh Suami, ‘Offer’ Anak Sebagai Ganjaran Tambahan
Cedera ditikam
Memetik laporan The Sun, remaja lelaki berkenaan ditemui di luar Cineworld dalam keadaan cedera akibat tikaman pisau. Difahamkan, pihak berkuasa bergegas ke lokasi itu kira-kira jam 2.45 waktu tempatan pada Rabu. Dalam pada itu, remaja tersebut di hantar ke sebuah hospital bagi mendapatkan rawatan sementara pihak polis menahan tiga individu.
Di samping itu, ketiga-tiga suspek itu ditahan berikutan mereka disyaki telah menyebabkan kecederaan pada orang lain. Bagaimanapun, kawasan pawagam terbabit masih ditutup namun konsert diteruskan seperti yang dirancang, manakala kedai, bar dan restoran-restoran yang terletak berhampiran dengan Arena 02 dibuka seperti biasa.
Susulan itu, para pengunjung dinasihati agar lebih berwaspada apabila memasuki lokasi persembahan konsert itu. Menurut jurucakap arena berkenaan, telah berlaku satu pertengkaran di Cineworld sebelum kejadian.
Pada waktu tengah hari (semalam) terdapat pertengkaran antara sekumpulan individu yang menyebabkan salah seorang daripada mereka cedera hingga terpaksa mendapatkan rawatan perubatan.
Sumber: The Sun