berita

Remaja Hidu Semburan Deodoran Bagi Melawan Keresahan Ditemui Maut

May 10th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang remaja di New South Wales, Australia ditemui maut disyaki akibat serangan jantung selepas menghidu semburan daripada botol deodoran bagi melawan masalah keresahan yang dialami.

Hidu deodoran trend baharu kawal keresahan

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Daily Star, Brooke Ryan, 16 tahun, dilaporkan mengalami masalah kesihatan mental keresahan yang menjadi semakin teruk ketika perintah berkurung yang ketat bagi mengekang penularan Covid-19 di Australia.

Mayat Brooke ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam bilik tidurnya, di sebelah botol deodoran serta sehelai tuala kecil. Ibunya percaya kematian mengejut Brooke adalah disebabkan oleh tabiat menghidu semburan deodaran.

Meskipun laporan bedah siasat belum dikeluarkan, beberapa indikator menunjukkan gadis itu mati akibat serangan jantung.

Brooke ialah seorang gadis yang cantik dan baik hati. Kami berasa amat sedih apabila mengetahui bahawa kematiannya memberi kesan mendalam terhadap ramai orang.

Beberapa kawasan di Australia dilaporkan mengalami trend baharu itu di mana golongan remaja mempunyai tabiat menghidu bau semburan deodoran. Bahan kimia aerosol itu turut diletakkan di dalam bekas berkunci di kedai-kedai bagi menghalang remaja daripada mengakses produk itu dengan mudah.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×