berita

Remaja Jalan Terhuyung-Hayang Macam Tengah ‘Lalok’, Warganet Mohon Pihak Berwajib Siasat

July 1st, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Tular di media sosial video memaparkan seorang gadis muda dalam keadaan terhuyung-hayang dipercayai ‘lalok’ di bawah pengaruh bahan terlarang. Video tersebut bagaimanapun membangkitkan rasa risau dan geram dalam kalangan warganet yang  mahu pihak berwajib menyiasat punca sebenar kejadian tersebut.

Video raih perhatian ramai

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok, dia menceritakan dengan terperinci bagaimana ‘terjumpa’ dengan seorang gadis yang didakwa sudah semalaman tidak pulang ke rumah. Apa yang membimbangkan ialah keadaan remaja tersebut yang dilihat tidak mampu berdiri dan berjalan dengan sempurna.

Aku dengan adik lelaki aku, dan anak buah tengah buat kerja dekat kedai kakak aku lipat kain. Diorang dua orang, sorang lagi tu elok tak ada khayal.

Kisahnya bermula apabila seorang gadis bertindak membuat panggilan telefon kepada adik pemilik video ini dan meminta dia supaya mengambil mereka di sebuah lokasi dan menghantar pulang ke rumah.

Susulan daripada itu, adik kepada pemilik video ini meminta supaya dia mengambil dua gadis ini dan dia ketika itu bersetuju namun mengambil sedikit masa berikutan perlu menyelesaikan beberapa kerja di kedai.

Aku pun pergi ambil dari kedai kakak aku dalam 10 minit sampai dekat diorang dengan syarat tolong aku lipat kain dekat kedai.

Dakwa pemilik video ini lagi, dia mengambil kedua gadis ini di sebuah rumah yang didiami oleh seorang lelaki.

Then sampai la dekat kedai kakak aku. Tetiba seorang budak ini dalam keadaan ini. Masa ini kamu takut sangat tak tahu nak buat apa sampai adik aku nak letak je budak ni dekat mana-mana.

Allahu mak ayah diorang tak risau ke? dengan bau hapak.

Dalam pada itu, pemilik video ini sempat memberikan nasihat kepada ibu bapa di luar sana supaya mengawasi setiap gerak-geri anak supaya kejadian seumpama ini tidak berlaku.

Bagaimanapun, gadis tersebut sama sekali tidak dibawa ke balai polis berikutan dia sempat merayu dan meminta supaya dihantar pulang ke rumah.

Penjelasan pemilik video

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×