Sekadar gambar hiasan
Seorang remaja lelaki ditemui terbaring dengan tikaman di perut yang dipercayai sedang bergelut dengan penceroboh yang memasuki rumahnya. Tikaman dipercayai dilakukan dengan menggunakan pemutar skru, petang semalam.
Artikel Berkaitan: Berebut Harta Pusaka Peninggalan Bapa, Abang Tikam Adik Sampai Mati
Artikel Berkaitan: Lelaki Mati Ditikam 14 Kali, Rupanya Isteri Upah 4 Kawan Lelaki Bunuh & Samun Suami
Artikel Berkaitan: Gara-Gara Bercakap Terlalu Kuat, Lelaki Parah Ditikam Pisau
Suspek hanya bersenjatakan pemutar skru
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, mangsa, 15, bersama dengan abangnya, 17, di rumah pada pukul 12:10 tengahari di Seksyen 23. Kejadian bermula apabila mangsa ke dapur untuk meminum air dan didapati suspek sedang bersembunyi di tepi mesin basuh.
Tambahnya, tikaman yang menggunakan pemutar skru pada perut mangsa terjadi apabila mangsa mula bergelut dengan suspek yang disyaki seorang warga tempatan. Susulan daripada itu, suspek dipercayai hanya mempunyai satu senjata iaitu, pemutar skru.
Suspek masuk ke dalam rumah mengikut pintu belakang yang tidak berkunci dan pemutar skru itu pula bertujuan untuk mengumpil pintu rumah. Dipercayai, tujuan asal suspek untuk melakukan jenayah pecah rumah.
Menerusi laporan Utusan Malaysia, mangsa mengalami kecederaan luka kecil di perut dan berada di dalam keadaan stabil di Hospital Shah Alam.
Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia.