Sekadar gambar hiasan
Seorang remaja lelaki mendakwa diliwat oleh pelajar seniornya di sebuah rumah kebajikan anak yatim di Setapak sejak setahun lalu.
Remaja lelaki diliwat
Sekadar gambar hiasan
Mangsa yang berusia 13 tahun itu akui trauma dengan insiden tersebut lebih-lebih lagi apabila pelaku mengugut akan memukulnya sekiranya dia menceritakan kejadian itu kepada sesiapa.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Ashari Abu Samah berkata, berdasarkan laporan yang dibuat, kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika waktu tidur di asrama rumah kebajikan terbabit dan berlarutan sehingga ke bulan lalu.
Bagaimanapun kejadian itu terbongkar selepas dia menceritakan kepada kakaknya sebelum guru sekolahnya turut mengetahui kejadian itu.
Mangsa kemudian dinasihatkan membuat laporan polis sebelum dia akhirnya tampil membuat laporan di Balai Polis Setapak untuk tindakan selanjutnya kelmarin.
Kes ini disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
Sumber: Harian Metro