berita

Remaja Maut Dirempuh Kereta Semasa Menunggu Di Perhentian Bas

October 17th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang remaja maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika menunggu di perhentian bas.

Artikel Berkaitan: Remaja Baru Sebulan Dapat Lesen Memandu Kemalangan, Kawan Jadi Penumpang Maut

Artikel Berkaitan: 5 Maut Dirempuh Trak Di Majlis Pengebumian

Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Tiga Tahun Maut Dirempuh Trak Pikap Ketika Main Skuter

Maut di tempat kejadian

Menerusi laporan Mirror UK, polis terus bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan mengenai kemalangan tersebut.

Menurut polis Northumbria, sebuah kereta BMW terbabas di perhentian bas tersebut di mana beberapa orang sedang duduk untuk menunggu bas.

Tambah pihak polis, remaja yang berusia 19 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua wanita yang berdiri di tempat kejadian turut cedera. Seorang daripada mereka mengalami kecederaan yang serius dan seorang lagi mengalami kecederaan ringan.

Kini, pihak polis masih melakukan siasatan dan meminta agar saksi kejadian untuk tampil.

Siasatan menyeluruh sedang dijalankan oleh pegawai untuk memastikan apa yang berlaku dan pihak polis berminat untuk mendengar daripada mana-mana saksi yang berada di kawasan itu pada masa itu, terutamanya mereka yang mungkin mempunyai rakaman kamera dari kenderaan mereka yang boleh membantu kepada siasatan.

Walau bagaimanapun, seorang lelaki berusia 24 tahun dan dua lelaki berusia 21 tahun telah ditahan kerana disyaki menjadi punca kematian remaja tersebut dengan memandu secara berbahaya.

Sumber: Mirror UK

SKIP THIS AD ×