berita

Remaja Perempuan Tergamak Upah Orang Bunuh Ibu & Buang Mayat Dalam Longkang

April 3rd, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang remaja perempuan sanggup mengupah dua orang remaja lain untuk memukul dan mencekik ibunya sehingga mati.

Artikel Berkaitan: Penyanyi Sambilan Ditahan Polis, Didakwa Pukul Anak Angkat Kerana Mahu Solat Tarawih

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Roti, Banduan Dituduh Bunuh Rakan Sel

Gara-gara teman lelaki

Gambar sekadar hiasan

Sebelum kejadian, ibu remaja tersebut meminta dia untuk memutuskan hubungannya dengan teman lelaki kerana memberi pengaruh buruk. Berang dengan ibunya, remaja itu bersama teman lelakinya tergamak mengupah dua remaja lain dengan bayaran RM 19,882 (3,650 Pound Sterling) untuk memukul mangsa.

Menurut pihak berkuasa Rusia, difahamkan suspek telah meninggalkan mayat ibunya di rumah mereka. Setelah dua hari, mayat wanita berusia 38 tahun itu dibalut dengan plastik dan tilam kemudian dibuang ke dalam longkang berhampiran.

Susulan itu, kesemua suspek telah didakwa atas tuduhan membunuh dan bersubahat serta telah direman di pusat tahanan remaja untuk siasatan lanjut selama sebulan.

Mengikut dakwaan Jawatankuasa Penyiasatan, remaja perempuan dan teman lelakinya itu berniat untuk menggunakan wang simpanan ibunya yang berjumlah RM163,416 (30,000 Pound Sterling), sementara mangsa pula sedang berusaha meningkatkan taraf hidupnya.

Sumber: Metro.co.uk

SKIP THIS AD ×