Seorang gadis berusia 19 tahun berjaya menyelamatkan diri daripada dirogol selepas menyuruh suspek mandi dan memakai kondom terlebih dahulu, dalam satu kejadian di Thailand pada 16 Disember lalu.
Minta perogol pakai kondom
Gigit sampai kuku tercabut
Memetik laporan The Thaiger, suspek yang dikenali sebagai Thawatchai, 29, memecah masuk rumah mangsa sebelum bertindak melakukan perbuatan keji itu. Mangsa yang sedang tidur lena hanya tersedar selepas semua pakaiannya ditanggalkan oleh suspek.
Sedar tidak boleh melarikan diri, mangsa cuba memujuk suspek supaya mandi terlebih dahulu dan menyuruh lelaki itu memakai kondom. Suspek yang juga seorang bekas tentera mengaku sudah lama menaruh hati terhadap gadis itu mengaku hanya menuruti permintaan tersebut. Namun ketika suspek berada di bilik air, mangsa mengambil peluang untuk menghubungi jiran dan polis.
Suspek kemudian menutup mulut dan mencekiknya, tetapi mangsa sempat menyelamatkan diri dengan menggigit jari manis suspek sehingga kukunya tercabut.
Pegawai polis dari Balai Polis Nongsarai yang tiba tidak lama kemudian telah menahan suspek.
Suspek sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak bersama bekas isterinya. Selepas tamat dua tahun latihan ketenteraan, suspek menjadi ketagih dengan Yaba atau pil kuda.
Sumber: The Thaiger