berita

Rempuh Pembahagi Jalan & Pokok, Empat Mangsa Terlibat Dalam Nahas Ambulans

December 21st, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Di Jalan Masjid Negeri, Pulau Pinang, sebuah ambulans St. John terbabas hingga terbalik dalam kejadian kira-kira jam 5, petang semalam (Selasa).

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Boleh Pinjam Ambulans, Keluarga Terpaksa Jalan Kaki Usung Jenazah Sejauh 13KM

Artikel Berkaitan: Akad Nikah Dalam Ambulans Sebab Pengantin Lelaki Kemalangan

Langgar pokok

Menerusi rakaman video yang tular, kelihatan seorang wanita dalam keadaan duduk dan parah pada tangan kiri di tempat duduk hadapan. Di samping itu, pemandu ambulans tersebut dilihat berada dalam keadaan tersepit manakala seorang individu lagi berada bahagian belakang tempat duduk pesakit. Difahamkan, kenderaan tersebut dalam perjalanan membawa pesakit ke Hospital Pulau Pinang sebelum merempuh pembahagi jalan dan sebatang pokok sebelum terbalik.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’ Azelan Hassan, kejadian itu melibatkan empat orang mangsa. Tambahnya lagi, tiga mangsa telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang dengan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) dan seorang lagi dibawa menaiki Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan.

Apabila pasukan bomba tiba di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku melibatkan sebuah ambulans St. John yang terbabas dan melanggar pokok. Laporan berhubung kemalangan dan status mangsa terlibat akan diberitahu kemudian.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×