Foto: Regional Kompas
Jenazah seorang wanita terpaksa diusung dengan berjalan kaki sejauh 13 kilometer gara-gara sebuah pusat kesihatan di Sulawesi Barat, Indonesia didakwa enggan meminjamkan ambulans.
Usung jenazah 13 km
Foto: Regional Kompas
Memetik laporan Regional Kompas, jenazah yang berada di dalam keranda itu diusung oleh beberapa individu yang berjalan kaki melintasi jalan raya. Menurut Fenny Tadius, jenazah tersebut merupakan ibu saudaranya yang sebelum ini pernah dirawat di sebuah pusat kesihatan. Namun keadaan wanita itu semakin tenat dan keluarga bersepakat membawanya pulang untuk dirawat di rumah.
Maka kami meminta pihak kesihatan menghantar ibu saudara ke rumah sebab kami fikir sekiranya ibu bapa kami meninggal, tidak akan dihantar oleh ambulans. Hal ini kerana, ada satu kenyataan dari pusat kesihatan bahawa ambulans tidak akan menghantar jenazah.
Tetapi malangnya, permintaan mereka ditolak oleh pusat kesihatan. Namun pada keesokan harinya, wanita itu disahkan meninggal dunia di pusat kesihatan berkenaan dan pihak keluarga sekali lagi meminta ambulans untuk menghantar jenazah. Tetapi pusat kesihatan terbabit sekali lagi menolak permintaan Fenny sekeluarga dan mereka menegaskan ambulans hanya digunakan untuk membawa individu yang sedang sakit sahaja.
Sediakan 10 ambulans tambahan
Sekadar gambar hiasan
Susulan daripada itu, Fenny dan keluarga terpaksa mengusung jenazah pulang ke rumah sejauh 13 kilometer. Sementara itu, ketua daerah Mamuju iaitu Sutinah Suhardu meluahkan rasa kesal dengan apa yang berlaku dan dia mengarahkan semua pusat kesihatan supaya menguruskan penghantaran jenazah ke rumah pengebumian.
Ambulans boleh dipakai untuk menghantar jenazah sekiranya tidak ada kes kecemasan di pusat kesihatan. Insya Allah dalam waktu terdekat ini, kita akan menyerahkan 10 ambulans untuk keperluan penduduk.
Video
Sumber: Regional Kompas, Fenny Tadius