berita

Remy Ishak Ada Jawapan Kenapa Munafik & Hantu Kak Limah ‘Laris’ Berbanding Pulang

September 6th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Baru-baru ini viral dilaman maya apabila netizen mula membandingkan kutipan filem Pulang, Hantu Kak Limah dan Munafik 2. Ada yang mengatakan bahawa filem Pulang kurang mendapat sambutan kerana jalan ceritanya yang berat dan membosankan.

Keadaan semakin merumitkan apabila sebuah portal berita didakwa menyalah ertikan apa yang Remy Ishak cuba sampaikan dalam temubual mereka. Bagi mengelakkan salah faham, Remy memberikan respon di akaun Instagram miliknya.

Rakyat Malaysia layan semua genre

 

Izinkan saya memperbetulkan sesuatu yang mungkin telah disalahtafsirkan mengenai kenyataan saya oleh @mstaronlineofficial .

Tidak kira apa saja genre yg dihidangkan, sama ada komedi ringan atau berat, seram ataupun aksi, love story mahupun drama kekeluargaan, rakyat Malaysia masih tetap menyokong filem dari setiap genre tersebut dengan menontonnya dipawagam.

Remy memuat naik gambar di Instagram miliknya pada hari ini dengan memberi kenyataannya yang sebenar. Menerusi gambar tersebut, beliau mengatakan tidak kira apa jua jenis filem, rakyat Malaysia akan terus menyokong industri perfileman negara ini.

Pilih filem yang lebih dekat

Bila ditanya tentang kutipan filem ‘PULANG’ berbanding filem ‘HANTU KAK LIMAH’ yg mencapai kutipan yg amat memberangsangkan, jawapan saya amat mudah, penonton filem di Malaysia
LEBIH SUKA MENONTON FILEM2 YG LEBIH RELATE OR DEKAT DENGAN MEREKA. TAK KIRA YG SANTAI PENUH GELAK KETAWA SEPERTI HKL ATAU YG SERAM BERMESEJ SEPERTI ‘MUNAFIK-2’. MUNGKIN FILEM ‘PULANG’ BANYAK MENGANDUNGI PENCERITAAN MERENTASI ZAMAN YG MEMERLUKAN FOKUS YG LEBIH.

Saya percaya selera setiap orang terhadap filem berubah-ubah dari satu masa ke satu masa yang lain.
Adakala kita mahu sesuatu yang ringan, adakalanya pula kita mahukan sesuatu yg boleh membuatkan kita berfikir tentang isi cerita dan mesej yang cuba disampaikan oleh pembikin didalam sesebuah filem.

Menurut pelakon itu lagi, Kutipan filem Pulang kurang berbanding yang lain kerana rakyat Malaysia menggemarkan filem yang lebih dekat dan boleh relate dengan kehidupan mereka. Berbanding Pulang, ianya merupakan sebuah genre filem yang melibatkan sejarah di dalamnya.

Ucapan tahniah

Tahniah saya ucapkan kepada abang @khalidmamat & @syamsulyusoffilm atas kejayaan HKL & MUNAFIK-2. Semoga filem Malaysia akan terus mencipta kejayaan ???? .

Jutaan Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan tanpa henti dari kalian semua terhadap perfileman Malaysia, teruskan menyokong. ??

Beliau juga turut mengucapkan tahniah buat pengarah filem Munafik 2 dan Hantu Kak Limah, Mamat Khalid dan Syamsul Yusof diatas kutipan filem yang tinggi. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Rakyat Malaysia yang tidak jemu menyokong filem tempatan.

Sumber: Remy Ishak

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×