berita

Remy Ishak Nafikan Populariti Sudah Jatuh

July 17th, 2012 | by Ai
Kini Trending

“Saya belum jatuh.”

Itulah yang dikatakan Remy atau nama sebenar Mohammad Zalimei Ishak, 30, kepada mStar Online mengenai dirinya. Dalam laporan terbaru akhbar online tempatan tersebut, Remy Ishak menafikan bahawa dia sudah kehilangan populariti disebabkan gosip-gosip negatif yang melanda dirinya sejak kebelakangan ini.

Selain itu, Remy turut menjelaskan bahawa punca filem terbaru  lakonannya bertajuk “Aku, Kau dan Dia” tidak mencapai kutipan yang memberangsangkan adalah disebabkan trend yang sedang melanda industri perfileman negara.

“Sambutan yang kurang terhadap filem bukan hanya berlaku kepada filem lakonan saya tetapi filem-filem lain juga pada tahun ini,” ujar Remy Ishak.

Remy turut menambah bahawa dia bukannya sebab kenapa kutipan filem lakonannya kurang, “Saya tidak merasakan yang saya sedang berada pada zaman kejatuhan tetapi kutipan yang tidak menggalakkan itu adalah berpunca daripada sebab-sebab lain.”

Untuk info, mengikut rekod kutipan filem melalui Finas sehingga 9 Julai lepas, filem “Aku, Kau dan Dia” hanya berjaya membuat kutipan kasar sebanyak RM150,000.

SKIP THIS AD ×