berita

Remy Ishak Tawar RM2 Ribu Untuk Jadi Kekasih Sehari?

January 29th, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

XOXO-3

Wahhh, bukan main laju anda ya bila tengok tajuk begini? Ya, siapa yang tak mahu jadi kekasih Remy Ishak? Diberi RM2 ribu lagi. Tapi, jangan keliru, itu semua hanyalah lakonan semata daripada Remy Ishak dan Nadiya Nisaa untuk telefilem istimewa arahan Kabir Bhatia. Telefilem berjudul ‘XOXO’ akan menemui penonton TV9 pada 30 Januari nanti dalam Skrin Di 9 jam 8.30 malam.

Ia mengisahkan tentang Nadiya Nisaa ditawarkan duit untuk menjadi kekasih Remy Ishak selama sehari. Pada mulanya lakonan mereka berjalan lancar tetapi penipuan Nadiya Nisaa terbongkar oleh adik perempuan Remy. Rupanya pemilik cinta Remy adalah seorang gadis comel bernama Aleesha.

‘XOXO’ mengisahkan hubungan percintaan jarak jauh antara Haziq (Remy Ishak) yang jauh berada di London yang masih menuntut di salah sebuah universiti terkemuka di sana manakala, Aleesha (Tiz Zaqyah) teman wanitanya yang telah dikenali selama 2 tahun hanya melalui laman sosial Facebook berada di Malaysia dan bekerja di sebuah syarikat pengiklanan. Kerana tidak sabar menunggu kepulangan kekasih pujaan hatinya pulang ke Malaysia, Aleesha telah pergi ke London untuk membuat kejutan sekaligus bertemu Haziq buat pertama kali.

XOXO-6

Sebaik tiba di London, Aleesha hampir pitam apabila diberitahu oleh rakan serumah Haziq bernama Johan (Josiah Hogan) bahawa Haziq telah pulang ke Malaysia. Keadaan menjadi rumit apabila dompet serta passport Aleesha tertinggal di dalam teksi yang dinaikinya dan terpaksa menumpang di rumah Johan. Johan berjanji akan membantu Aleesha walaupun sebenarnya dia mempunyai niat lain untuk mempergunakan Aleesha.

Mahu tahu apakah yang terjadi seterusnya? Kenapa pula Haziq perlu mengupah wanita untuk menjadi kekasihnya? Pastikan anda buka TV9 esok (30 Januari) pada jam 8.30 malam. OHBULAN! pasti anda tidak mahu terlepas gandingan Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan juga Nadiya Nisaa. Telefilem XOXO ini turut dibintangi oleh Josiah Hogan dan Bonda Hajah Afida Es.