berita

Renovate Flat Jadi ‘Banglo’, Ini Baru B40 Level Kayangan

May 25th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Fairuz Daneen via B40 Buat Perangai Apa Hari Ini

Sekeping foto memaparkan sebuah rumah flat yang dipercayai melakukan pengubahsuaian secara haram tular di media sosial dan meraih perhatian ramai.

Foto tersebut secara tidak langsung mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen yang hairan bagaimana pemilik rumah berkenaan mendapat kebenaran untuk berbuat demikian.

Sakan renovate rumah

Foto: Fairuz Daneen via B40 Buat Perangai Apa Hari Ini

Perkongsian ringkas seorang lelaki dikenali sebagai Fairuz Daneen menerusi kumpulan B40 Buat Perangai Apa Hari Ini di laman Facebook, memaparkan sekeping foto dua biji rumah selepas proses pengubahsuaian dilakukan.

Foto tersebut dapat dilihat dua biji rumah pada tingkat bawah dan tingkat satu yang lebih besar daripada kebiasaan saiz asal rumah berkenaan. Dakwa lelaki ini, flat tersebut terletak di Taman Dato Harun, Petaling Jaya, Selangor.

Ini rare. Biasa orang kawasan rumah flat ini tingkat bawah je curi tanah renovate sambung rumah. Ni siap rumah yang tingkat 2 pun sambung rumah jugak.

Ini B40 kayangan tuan-tuan. Pemikiran luar kotak.

Sekadar info, mengikut peraturan pihak berkuasa tempatan, pemilik rumah yang ingin melakukan pengubahsuaian terutamanya dinding yang sedia ada perlu mendapatkan permohanan permit terlebih dahulu. Bagaimanapun bagi pemilik rumah jenis flat, mereka sama sekali tidak dibenarkan melakukan sebarang pengubahsuaian terutamanya melibatkan penambahan bangunan tambahan.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih 330 komen dan dikongsi lebih 213.

Respon netizen

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen sempat memberikan pendapat mereka mengenai isu ini dan ada juga yang mendakwa pemilik rumah berkenaan merupakan individu yang mempunyai jawatan dalam persatuan penduduk.

Sumber: Fairuz Daneen via B40 Buat Perangai Apa Hari Ini

SKIP THIS AD ×