berita

Rentas Daerah Ketika Sambutan Aidilfitri Di Pahang Tidak Digalakkan

May 13th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Sempena perayaan Aidilfitri yang bakal tiba, pergerakan rentas daerah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika sambutan Aidilfitri di Pahang adalah tidak digalakkan.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali menjelaskan pihaknya tidak menggalakkan masyarakat rentas daerah kerana terdapat kesukaran untuk memantau orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPB yang ditetapkan pihak kerajaan.

Ziarah terbaik adalah dalam kawasan taman

Sekadar gambar hiasan

Katanya lagi, ziarah hari raya dibenarkan di rumah jiran yang terletak di kawasan perumahan sahaja dengan mengawal jumlah pengunjung.

Aktiviti ziarah Aidilfitri antara daerah dengan daerah tidak digalakkan sama sekali kerana ia membabitkan jarak jauh, ziarah yang terbaik adalah dalam satu taman kerana kita mengetahui status jangkitan COVID-19 di kawasan taman terbabit.

Saya ingin menasihatkan masyarakat supaya sentiasa mematuhi peraturan dan langkah pencegahan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan penularan jangkitan wabak COVID-19 tidak berlaku.

Menurutnya, ekoran wabak pandemik yang masih belum selesai, masyarakat harus sedar bahawa perayaan Aidilfitri tahun ini tidak meriah seperti tahun-tahun sebelum.

Berpuas hati dengan SOP premis perniagaan

Sekadar gambar hiasan

Berkenaan SOP PKPB di premis perniagaan, pihaknya melihat perniagaan berjaya mematuhi garis panduan yang ditetapkan kerajaan negeri. Mereka mengambil langkah keselamatan dengan menampal notis bilangan pelanggan yang dibenarkan masuk, ujian saringan suhu badan, penyediaan hand sanitizer dan sebagainya.

Jika ada yang ingkar dan degil, nasihat serta amaran akan diberikan.Tindakan undang-undang akan dikenakan selepas kita mendapat arahan Ketua Polis Negara.

Mohd Noor berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan Pemantauan Pematuhan SOP PKPB di premis perniagaan dan pusat beli belah sekitar Kuantan semalam.

Sumber : Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×