Air minuman Nabeez bukanlah resepi baru, namun masih ramai yang belum mengamalkan air sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Air ini merupakan tonik alkali yang dapat menghilangkan keasidan daripada tubuh badan. Air ini juga meningkatkan penghadaman yang baik kerana bahan-bahan yang digunakan mempunyai serat larut yang tinggi.
Sempena bulan Ramadan ini, kami kongsikan resepi dan khasiat yang mungkin ramai tak tahu. Apa kata jadikan minuman ini sebagai minuman wajib harian korang.
Mampu tahan kenyang di bulan Ramadan
Cadangan menu sahur bagi mereka yang tidak mahu makan makanan berat. Air Nabeez adalah pemakanan Nabi Muhammad s.a.w. Rendam kurma dengan air masak malam ni. Sahur esok minum. Insyaallah, perut mampu bertahan… Buat ni untuk sekali minum je ye. Jangan simpan lama2 sangat. Nanti masam dah tak boleh minum.
Resepi mudah Air Nabeez
Cara-caranya:
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dlm 500ml ke 1liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma. Ada juga yg guna kismis tapi jangan campur ye. Kalau buat kurma, kurma je. Kalau kismis, kismis je.
2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.
3. Sahur esok air tu dah boleh diminum.
4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari2 lain walaupun bukan di bulan ramadhan. Amalkan masa perut kosong.
Antara khasiatnya
Khasiatnya:
1. Pemberi dan pemulih tenaga (inilah sebab mengapa kita disunahkan untuk memakan buah kurma pada saat berbuka puasa).2. Tinggi kandungan fiber ~ menghilangkan kolestrol jahat yang terkumpul di dalam tubuh. Sangat bagus dalam menghilangkan sembelit (atau meredakan dan memulihkan diri dari sembelit).
3. Pemberi zat besi yang sangat bagus.
4. Kaya akan pottassium ~ penting dalam menjaga jantung & menstabilkan tekanan darah.
Air nabeez adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang kelebihan asam pada perut dan memulihkan sistem pencernaan tubuh.
Juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan2 toksin yang berbahaya didalam tubuh. Dalam kata lain berguna sebagai sebagai detox. Disebabkan air nabeez tinggi akan kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik & meningkatkan / menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa.
Sumber : Ummi Hamidah