berita

Resepi Cheese Tart Magnum Bersalut Coklat & Kacang Rangup, Confirm Tak Jemu!

July 25th, 2019 | by Arini Saleh
MyResipi

Penuh bersalut coklat dan kacang rangup, resepi cheese tart magnum ini pasti menjadi pilihan penggemar pemanis mulut. Bentuknya yang comel serta rasa yang sedap membuatkan orang ramai ketagih saat menikmatinya. Tak sedar habis sebekas!

Menerusi laman Masak Apa Hari Ni (MAHN), Mieza Samian kongsi resepi penuh cheese tart magnum sedap. Confirm tak jemu!

Bahan-bahan

Resipi Cheesetart Magnum

Dulu resipi ni dah penah saya share tapi entah kenapa tetiba rindu pulak nak buat beliau. Lama tak buat. Nah ni resipi untuk korang try jugak. Seketul ni mahal gak harganya sebab nak buat tu rumit dan amik masa lama nak ngadap satu persatu. Tapi rasa dia tiptop sampai ke bintang, jadi berbaloi la korang ngadap satu satu.

Bahan :
250g cream cheese
40g gula castor
1 sk esen vanila
->> Pukul cream cheese sampai sebati masukkan esen vanila, pukul. Kemudian masukkan gula sikit-sikit pukul sebati semua

Bahan lain :
->> Shell cheese tart (kalau malas beli dah siap je)
->> Choc masakan
->> Kacang cincang/choc rice (untuk hiasan)

Resepi shell

Ni resipi shellnya :
420g tepung gandum
100g gula icing
200g merjerin pelangi
1biji telur gred A atau B

Cara masak

->> Campur semua dalam mangkuk pastu uli sampai jadi doh. Shell ni bakar 170° selama 30minit. Kalau dah perang tu dah masak la maknanya.

Cara-cara buat cheese tart magnum:

->> Letak sikit choc dalam shell. Boleh guna choc chip/choc masakan/choc coin, terpulang nak pakai filling lain pun boleh jugak. Pastu piping cream cheese atas tu macam biasa.
->> Masa paip atas shell tart kena paip membukit tinggi.
TIPS PENTING : Sebelum bakar celup hujung jari dekat air tekan tanduk cheese tu kasi dia bulat baru cantik gebu montok..

->> Bakar 170° selama 5minit. Dah siap. Ketepikan. Bagi sejuk jap.

->> Sementara tu cairkan choc masakan (double boil). Jangan campur apa-apa ye.. Hanya choc masakan ni je cairkan..

->> Celup cheese tart tadi dalam choc yang dah cair ni. Pastu terus tabur kacang/choc rice keliling dia masa choc tu masih panas-panas lagi.

Harga jualan market RM2 per pcs..
Sekotak RM45/25pcs saya biasa buat.. Kalau 6pcs RM12 saya jual.. Ini untuk guideline korang je.. Terpulang la nak jual berapa RM pun..

Sumber : MieZa Samian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×