berita

Resepi Korean Hot Spicy Cheese Chicken Ala-Ala Korea

October 9th, 2019 | by Shahira
MyResipi

Sebut sahaja pasal ayam goreng, pasti ramai yang menyukai makanan ini tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa. Seperti yang kita lihat, pelbagai jenis resipi yang telah diolah bagi memberikan kepelbagaian rasa ayam goreng.  Jika diikutkan dengan trend sekarang, ramai yang berminat untuk menikmati makanan ala-ala Korea.

Jadi korang yang suka makan Korean Spicy Cheese Chicken, boleh lah try resipi ni dekat rumah korang. Mesti lagi puas nak makan!

Korean Spicy Chicken

So perap ayam dengan bawang putih, lada hitam dan sedikit halia. Semua ni ditumbuk ya. Perapkan ayam selama 30 minit!

Kemudian, bila dah siap perap, masukkan sebiji telur.

Cara-cara perap ayam

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
Sedikit serbuk cili (babas) nak pedas lagi boleh tambah ikut suka hati.

Goreng ayam

Kemudian goreng ayam tadi tapi pastikan api slow ya.

Masukkan bahan dalam kuali lain

Next dalam pan lain, tumiskan 4 ulas bawang putih dengan sedikit minyak jagung. Masukkan lada kering yang dah diblend dan masukkan sedikit garam.

Bahan-bahan

Masukkan 2 sudu madu, 2 sudu brown sugar dan 1 sudu serbuk cili babas.

2 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
2 sudu bijan
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.

Topping

Kemudian ambil cheese, jika ada. Nak letak mayonis ke apa pun boleh, tapi Muni letak cheese leleh ni. Yang ni Muni beli yang dah siap.

Dah siap!

https://www.facebook.com/AseriNiey/videos/pcb.2996742910400152/2996742433733533/?type=3&theater

Kalau tak suka pedas boleh kurang kan serbuk pedas okay dan tambah pulak dengan cheese. Sedap!

Sumber: Shacha Munieyra 

SKIP THIS AD ×